fbpx
Chegu Bard.

Chegu Bard ditahan berhubung ceramah berunsur hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ditahan polis malam semalam bagi membantu siasatan satu video ceramahnya yang tular di media sosial kerana didakwa berunsur hasutan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, penahanan itu dilakukan sekitar pukul 10.25 malam selepas polis menerima laporan mengenai video yang dimuat naik melalui akaun TikTok Edume @4mrankiamat pada Khamis lalu.

“Video berkenaan memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Chegu Bard menyampaikan ceramah berunsur hasutan.

“Susulan itu, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kumar berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Polis menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan sehingga boleh menimbulkan kegentaran awam serta mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini,” jelasnya.

Terdahulu media melaporkan, Chegu Bard sekali lagi ditahan pihak polis malam tadi.

Menurut kenyataan peguamnya, Rafique Rashid, penahanan itu dilakukan sekitar pukul 10 malam oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN