fbpx
GAMBAR fail Vladimir Putin di Beijing, China. - Foto AFP

Askar asing di Ukraine sasaran sah Russia – Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin menolak cadangan Barat untuk menubuhkan pasukan jaminan keselamatan di Ukraine, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pasukan jaminan keselamatan cadangan Perancis itu akan ditubuhkan sehari selepas mana-mana gencatan senjata berkuat kuasa di Ukraine.

Presiden Emmanuel Macron berkata,  sebanyak 26 sekutu Ukraine  secara rasmi menyuarakan komitmen untuk menghantar tentera melalui jalan darat, laut atau udara bagi membantu menyediakan jaminan keselamatan sebaik sahaja pertempuran dihentikan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan negara-negara yang akan terlibat.

Putin bukan sahaja menolak inisiatif itu, malah memberi amaran bahawa mana-mana askar asing yang dikerahkan ke Ukraine akan menjadi sasaran sah tentera Kremlin.

Buat masa ini, harapan untuk mengadakan gencatan senjata di Ukraine tipis selepas sidang kemuncak mengenainya yang berlangsung di Alaska, antara Putin dan Presiden Donald Trump gagal membuahkan hasil.

Pertemuan itu membangkitkan harapan buat seketika untuk rundingan langsung tiga hala yang turut melibatkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan kemungkinan tercapainya perjanjian damai.

Putin bagaimanapun berkata kelmarin bahawa beliau bersedia berkomunikasi dengan pemimpin Ukraine itu.

“Namun,  saya tidak nampak manfaatnya. Kenapa? Kerana hampir mustahil untuk mencapai persetujuan dengan pihak Ukraine dalam isu-isu utama,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN