fbpx
Anggota bomba menangkap seekor buaya di SMK Datuk Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang, hari ini.

Anak buaya sesat masuk sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seekor anak buaya berukuran kira-kira empat kaki seberat enam kilogram dipercayai tersesat dan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Andak (SEDARA) di Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Susulan itu, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam bersama sebuah jentera FRT diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Syawal dikejarkan ke sekolah berkenaan.

Menurut Komander Ahmad Syawal, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.15 pagi.

“Bomba mendapati seekor buaya berukuran empat kaki berada dalam kawasan sekolah. Pihak bomba menangkap buaya berkenaan dengan menggunakan satu penjerut.

“Kejadian tersebut disedari pengawal keselamatan sekolah tersebut sebelum menghubungi guru dan guru menghubungi bomba untuk Bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba sudah menghubungi pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang akan mengambil haiwan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN