fbpx
HAMPIR 500 pekerja ditangkap di kilang Hyundai, Georgia. - Foto Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan

Amerika tahan 300 pekerja Korea Selatan di kilang Hyundai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (ICE) menangkap hampir 500 orang di sebuah kilang Hyundai di negeri Georgia, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan ke tempat kerja terbesar sepanjang penggal kedua pemerintahan Presiden Donald Trump.

Seramai 300 orang yang ditahan di tapak seluas 1,214 hektar itu ialah warga Korea Selatan.

Kilang itu dibina oleh syarikat Hyundai yang merupakan syarikat Korea Selatan untuk menghasilkan kenderaan elektrik dan telah beroperasi selama setahun.

Korea Selatan menyatakan kebimbangan dan kesal terhadap operasi itu dan menggesa kerajaan AS menghormati hak rakyatnya.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) memberitahu BBC bahawa ejen-ejen mereka melaksanakan waran geledah berikutan dakwaan mengenai amalan pekerjaan haram dan jenayah persekutuan serius yang lain.

“Ini bukannya operasi imigresen di mana ejen-ejen masuk ke premis, menangkap orang ramai dan membawa mereka ke dalam bas,” kata Steve Schrank, ejen khas yang mengetuai Siasatan Keselamatan Dalam Negeri di Atlanta, pada satu sidang akhbar semalam.

“Ini adalah siasatan jenayah selama beberapa bulan di mana kami telah mengumpulkan bukti, melakukan temu bual, mengumpul dokumen dan mengemukakan bukti untuk mendapatkan waran geledah,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI