fbpx
Antara kapal-kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. - Foto Facebook Rasmi Sumud Nusantara Official

Wakil Malaysia sering dipuji rakan antarabangsa – Nadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri berkongsi perkembangan terbaharu mengenai wakil-wakil Malaysia yang menyertai misi flotila ke Gaza menerusi platform Sumud Nusantara.

Menurutnya, sikap rajin dan efisien para peserta dari Malaysia bukan sahaja dipuji dalam kalangan pasukan sendiri, malah turut mendapat pengiktirafan daripada rakan-rakan antarabangsa.

“Semua orang dari seluruh dunia iktiraf yang anak Malaysia ni rajin dan selalu ‘menyibuk’ nak bantu macam-macam, serta kerja kita efisien,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Dia turut mendedahkan ada sukarelawan yang membantu memasang semula layar dan sistem pancuran air di kem, manakala pasukan ‘ground team’ diberi tanggungjawab menguruskan borang peserta lazimnya mengambil masa separuh hari namun diselesaikan dalam beberapa jam sahaja dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan.

“Typical Asian nak siapkan kerja cepat supaya boleh balik cepat. Good job!” tulisnya berseloroh.

Dia turut menyeru orang ramai agar terus memberi kata-kata semangat kepada mereka yang kini berada dalam misi penting dalam usaha memecahkan kepungan untuk membawa masuk bantuan ke Gaza. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI