PETALING JAYA – Situasi mendebarkan memaparkan seorang lelaki yang terserempak dengan seekor harimau kumbang di Tasik Kenyir mencuri tumpuan netizen.
Seorang pengguna TikTok, @Rashidi berkongsi hantaran menunjukkan haiwan itu ditemui sedang baring santai di tepi laluan berbukit.
Menerusi maklumat terbaru oleh pemilik hantaran tersebut, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah bertindak pantas menangkap haiwan tersebut setelah dihubunginya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Dekat sikit dia nak manja tu,” seloroh pengguna @ieraa.
“Jangan terpancing dengan kecomelan dia bang, mata dia tak boleh menipu. Sekali dia kokak, meninggal,” kata @player_no.8. – KOSMO! ONLINE.
@shidi030 Pantermoon🐈⬛#fyp ♬ original sound – gitzkyyy