fbpx
Tangkap layar video yang muat naik Haroqs di laman Threads.

Sukarelawan Malaysia, Haroqs terkandas kapal flotila rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang sukarelawan Malaysia dikenali Haroqs yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terkandas di Sepanyol apabila kapal yang dinaikinya mengalami kerosakan.

Melalui hantaran video di laman Threads, jurufoto itu berkongsi berita duka apabila kapal keduanya juga gagal belayar.

“Saya tak tahulah apa ujian saya. Kapal pertama tak dapat belayar. Kapal kedua tak dapat belayar. Saya tak tahu apa yang Allah nak bagi dekat saya.

“Ya Allah. Saya seorang sahaja orang Malaysia di sini. Tak apa. Saya masih lagi berharap yang saya akan sampai ke Gaza,” katanya.

Bagaimanapun, Haroqs berkata, dia reda dengan segala ujian dan percaya bahawa semua yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

“Engkau hantarlah tentera laut untuk kami semua dan dipermudahkan sampai ke Gaza ya Allah. Insya-Allah Palestin, kamu akan bebas,” luahnya.

Terdahulu, media melaporkan seramai 15 sekarelawan Malaysia memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol ke Gaza pada 31 Ogos lalu.

Namun, cuaca buruk dan angin kencang mengakibatkan masalah teknikal dan kerosakan pada sebahagian kapal menyebabkan mereka terlaksa berlabuh di Menorca, Selasa lalu.

Difahamkan, kesemua kapal misi GSF sudah memulakan pelayaran kembali dan kini dalam perjalanan ke Tunisia.

Misi global itu adalah bagi memecahkan sekatan Israel yang menyebabkan keseluruhan penduduk Palestin di Gaza berada di ambang kebuluran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN