fbpx
Gambar hiasan.

Sanggup tipu kena samun, tikam lepas ‘rembat’ RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori makanan beku sanggup membuat cerita palsu kononnya disamun dan ditikam tiga lelaki di Jalan Minden 1, Gelugor, di sini bagi menutup tindakan membelanjakan wang kutipan jualan syarikat berjumlah RM3,000.

Kejadian itu pada awalnya dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.45 malam, 4 September lalu apabila mangsa berusia 32 tahun mendakwa ditikam di bahagian perut menggunakan sebilah pisau sepanjang 22.5 sentimeter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhamad berkata, hasil siasatan lanjut mendapati dakwaan samun tersebut adalah palsu.

”Mangsa berpura-pura menjadi mangsa samun dan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan selepas ditemui cedera oleh rakan sekerja,” katanya di sini, hari ini.

Abdul Rozak memberi amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu kerana ia merupakan satu kesalahan serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI