fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat landa 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 9 malam ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Pahang di Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, Terengganu (Kemaman), Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor termasuk Jelebu di Negeri Sembilan dan Mersing di Johor,” ujarnya.

Amaran di kawasan lain termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Miri (Telang Usan) dan Limbang di Sarawak, Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Beluran) di Sabah termasuk Labuan turut terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI