fbpx
Tangkap layar video menunjukkan mangsa terjun ke dalam sungai yang deras sebelum hilang. - Jam Press

Remaja sahut cabaran RM23 lemas dibawa arus sungai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang remaja di India dipercayai lemas selepas dicabar oleh rakan-rakannya untuk terjun ke dalam sebatang sungai mengalir deras semata-mata untuk mendapatkan ganjaran 474 rupee (RM23), lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian berlaku di Sungai Yamuna, negeri Uttar Pradesh. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan mangsa bernama Mohd Junaid, 19, terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan. 

Junaid cuba berenang ke tepi sungai tetapi gagal disebabkan arus yang terlalu kuat. Selepas beberapa saat, dia hilang daripada pandangan. 

Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri dan polis berusaha mencari mangsa sejak kejadian itu. 

Usaha mencari dan menyelamat bertambah sukar apabila paras air meningkat berikutan hujan lebat berterusan.

Penyiasatan sedang mengenal pasti rakan-rakan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI