SHAH ALAM – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyasarkan kutipan wakaf tunai meningkat sehingga enam peratus iaitu RM14 juta tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Hamzah Tohar berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan prestasi kutipan berjumlah RM13 juta tahun lalu serta didorong keadaan ekonomi negara yang lebih baik dan tahap kesedaran pewakaf semakin meningkat.
“Setakat Ogos lalu, PWS telah mencapai kutipan wakaf tunai RM6 juta dan akan memperluaskannya lagi kepada syarikat swasta.
“Kebiasaannya, kutipan tinggi akan dibuat pewakaf pada hujung tahun dan kita sasar peningkatan maksimum berjumlah RM14 juta,” katanya di sini.
Tambah beliau, pihaknya turut memperoleh kutipan wakaf khas berjumlah RM27 juta setakat bulan lalu dengan sasaran RM60 juta tahun ini. – KOSMO! ONLINE