fbpx
David Balisong

Perselisihan faham punca David Balisong hilangkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham dengan keluarga dikatakan punca remaja warga Britain, David Balisong, 17, melarikan diri ke Malaysia pada 6 Jun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata ia berdasarkan rakaman percakapn awal dengan remaja tersebut sejurus penemuannya di sebuah hotel di Jalan Pudu malam tadi.

Beliau berkata, David ditemui dalam keadaan baik oleh sepasukan pegawai dari Polis Kontinjen Kuala Lumpur hasil maklumat dari Uncle Kentang.

“Melalui hasil percakapan awal, remaja tersebut dikatakan meninggalkan rumah kerana perselisihan faham dengan keluarga dan telah datang ke Malaysia pada 6 Jun lalu.

“Pihak polis kini dalam tindakan untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada remaja tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan David yang dilaporkan hilang sejak Jun lalu ditemui selamat kira-kira pukul 7 malam.

Sebelum ini ibu kepada David merayu rakyat Malaysia agar membantu dirinya dan pihak polis untuk mencari anaknya yang hilang tanpa jejak sejak tiga bulan lalu.

Balisong, seorang pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester, meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun dan memberitahu abangnya dia mempunyai urusan di sekolah.

Sebaliknya, remaja itu seorang diri menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur. Sejak itu, dia mematikan telefon dan tidak membalas e-mel.

Remaja itu sempat membuat pesanan melalui e-mel pada perhubungan terakhir dengan ibunya pada 9 Julai lalu.

Antara kandungan e-mel tersebut adalah luahan Balisong supaya jangan bimbang dan cuba mencarinya selain mendoakan kesemua ahli keluarga supaya berjaya dalam kehidupan serta memohon maaf kerana melakukan perkara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN