fbpx
Gambar hiasan.

Perjuangan Rasulullah SAW panduan bina Malaysia bersatu padu – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam meneladani perjuangan Rasulullah SAW yang penuh tekad, kesabaran dan kasih sayang dalam usaha membina negara yang bersatu padu, aman serta makmur.

Beliau berkata, tema sambutan tahun ini, ‘Membangun Ummah Madani’ mengajak umat Islam untuk terus memperkukuh keimanan serta menguatkan perpaduan.

“Inilah asas sebenar untuk kita terus maju sebagai bangsa yang bermaruah, masyarakat berakhlak dan negara diberkati,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, semangat Maulidur Rasul juga wajar dijadikan dorongan untuk menyuburkan kasih sayang sesama insan dan menjadikan Malaysia terus cemerlang di mata dunia.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof Maulidur Rasul bukan hanya memperingati kelahiran Rasulullah SAW, tetapi menghidupkan ingatan kepimpinan Baginda dengan teladan tertinggi dalam pentadbiran, keadilan dan kasih terhadap umat.

“Rasulullah SAW membina tamadun dengan asas akhlak, menegakkan amanah dalam urusan, dan memastikan setiap dasar berlandaskan rahmah.

“Sunnahnya tidak terbatas pada ibadah ritual semata-mata, tetapi juga merangkumi cara memimpin, mengurus masyarakat majmuk dan menegakkan keadilan tanpa mengira darjat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI