fbpx
Mohd Hairey menunjukkan kandang kambingnya yang diserang anjing liar ketika ditemui di Sungai Kelamah, di sini, semalam. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

Penternak rugi, kambing mati diserang anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Dua penternak di Kampung Sungai Dua dan Sungai Kelamah, di sini, terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila ternakan mereka mati diserang anjing liar.

Penternak, Mohd Hairey Hamzah, 39, berkata, terbaharu 11 ekor kambingnya ditemukan sudah mati ketika dia datang ke kandang ternakannya di kawasan kebun Sungai Kelamah kira-kira pukul 5 petang kelmarin (Rabu).

Menurutnya, kejadian berkenaan merupakan kejadian kali keempat dalam tempoh setahun menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000.

“Semalam, 11 ekor kambing mati, tiga lagi cedera. Anjing ni dia tak makan habis pun kambing ni, cuma bunuh dengan perut kambing habis terburai. Kejadian sebelum-sebelum ni pun sama,” katanya ketika ditemui di Sungai Kelamah, di sini, semalam.

Bagi penternak di Kampung Sungai Dua pula, Nasrudin Kamarudin, 35, dia terkejut apabila pertama kali ternakan kambing yang dibelanya menjadi mangsa anjing liar.

“Pagi subuh Isnin, saya terkejut tengok kambing mati depan rumah. Pelik juga sebab tak ada pula dengar bunyi bising. Dalam kejadian ini enam ekor kambing mati.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN