fbpx
Keadaan kereta Toyota Lexus yang terbabas masuk ke dalam sungai di Permatang Pauh, malam tadi.

Pemandu selamat, kereta Toyota Lexus terjun sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda terselamat selepas kereta jenis Toyota Lexus yang dia pandu terbabas ke dalam sungai di Jalan Permatang Nibong, Permatang Pauh di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.30 malam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi penyelamatan.

“Sebuah kereta Toyota Lexus terbabas ke dalam sungai dan mangsa berusia 29 tahun diselamatkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat tamat pada pukul 9.54 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI