SINGAPURA – Seorang lelaki yang memandu kereta mencecah kelajuan 140 kilometer sejam terbabas di sebuah susur keluar lalu merempuh sebatang pokok, menyebabkan keretanya putus dua, lapor portal berita Stomp hari ini.
Kemalangan tersebut berlaku di Singapura, mengakibatkan dua penumpang meninggal dunia.
Semalam, sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Ong Wei Long, 28, selepas dia mengaku bersalah memandu secara berbahaya.
Dalam nahas itu, dua penumpang, Shannon Lim Xin Rong dan teman lelakinya, Tan Bing Quan, kedua-duanya berusia 26 tahun, terbunuh.
Ong juga akan digantung lesen memandu selama 10 tahun bermula dari tarikh dia dibebaskan.
Mahkamah diberitahu bahawa pada 10 Ogos 2023, Ong memandu kereta terpakai miliknya yang berusia 26 tahun untuk menjemput Tan dari rumahnya di Kovan.
Mereka berdua kemudian pergi ke gimnasium sebelum menjemput Lim.
Ketika mengambil selekoh, Ong hilang kawalan ke atas keretanya lalu merempuh sebatang pokok di bahagian kanan jalan.
Hentaman tersebut menyebabkan casis kereta terputus dua. – AGENSI