SONGKHLA, THAILAND –Selaras raifal jenis M16 tanpa peluru boleh dibeli pada harga RM8,000 melalui sindiket yang menjual senjata tersebut secara haram atau melalui pasaran gelap di negara ini. Sumber Pasukan Keselamatan Thailand berkata, kebanyakan senjata api termasuk AK-104 dijual secara haram di Wilayah Kanchanaburi yang bersempadan dengan Myanmar. Menurutnya, raifal M16 merupakan antara senjata api yang mahal di pasaran gelap di Thailand diikuti AK-104 pada harga RM5,000 selaras. “Pelbagai jenis pistol pula boleh dibeli pada harga kira-kira RM2,000 hingga RM3,000.……