fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir di utara, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 10 pagi.

“Antara kawasan yang dijangka terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang, manakala kawasan di Johor ialah Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,”ujar MetMalaysia.

Selain itu, Sri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu di Sarawak turut dijangka terjejas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI