fbpx
SALAH (kiri) dan Marmoush bakal mengetuai jentera serangan Mesir untuk memburu kemenangan ke atas Ethiopia. - AGENSI

Dua penggempur bintang EPL sandaran Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Mesir sedia mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2026 dengan membenam cabaran Ethiopia pada perlawanan di Stadium Antarabangsa Kaherah awal pagi esok.

Menerusi gandingan beberapa pemain ternama dunia seperti bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah dan Omar Marmoush pastinya menjadi sandaran buat pasukan itu mengutip tiga mata.

Skuad The Pharaohs itu juga mendapat suntikan semangat apabila Menteri Belia dan Sukan, Dr. Ashraf Sobhy menggesa mereka supaya memastikan kemaraan ke pusingan akhir Piala Dunia lebih awal.

“Memang sasaran kami adalah untuk melayakkan diri lebih awal ke saingan Piala Dunia 2026 dan saya yakin Mesir boleh melakukannya. Kami memang ada kemampuan untuk mencapai objektif tersebut.

“Pasukan kebangsaan juga dibarisi pemain-pemain terbaik yang diketuai Mohamed Salah. Bagi saya, dia adalah seorang pemain yang memiliki mentaliti profesional dan mampu membantu rakan sepasukan,” katanya.

Pada ketika ini, Mesir masih belum tewas dalam aksi kelayakan selain mencatat lima kemenangan dan satu keputusan seri bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan A dengan 16 mata.

Sebagai rekod, juara tujuh kali Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) itu tidak layak ke Piala Dunia Qatar 2022 dan kali terakhir mereka beraksi pada kejohanan terulung itu adalah ketika edisi 2018 di Rusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN