“SAYA percaya kerjaya dalam sumber manusia bukan sekadar soal pentadbiran, tetapi amanah untuk menjaga kebajikan pekerja. “Saya juga percaya pengurusan sumber manusia diwujudkan bertujuan memastikan kedua-dua pihak (majikan dan pekerja) sama-sama mendapat manfaat.” Itu mukadimah penuh keyakinan yang dilontarkan Ketua Pegawai Eksekutif Azzpro Bersatu Consulting Group Sdn. Bhd., Dr. Norazlina Abdullah kala berbicara dengan K-Wanita mengenai bidang sumber manusia yang menjadi kerjayanya sejak lebih dua dekad lalu. Sepanjang terbabit dalam bidang tersebut, Norazlina, 50, pernah dilantik sebagai Panel Pakar Pembangun……