fbpx
Jentera serangan skuad negara dilihat kurang ampuh apabila mensia-siakan beberapa peluang keemasan. - Foto AMIR KHALID/KOSMO!

Cools harap Harimau Malaya lebih garang berdepan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAPTEN skuad Harimau Malaya, Dion Cools berharap pasukan dapat perbaiki kelemahan menjelang perlawanan persahabatan kedua menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Isnin depan.

Skuad negara dilihat tidak berada pada tahap optimum ketika menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam meskipun menang hasil penyudah Joao Figueiredo dan Stuart Wilkin.

“Secara keseluruhan, saya rasa kita masih boleh meningkatkan kualiti permainan di pelbagai aspek.

“Paling penting kami terus merekodkan kemenangan dan sejujurnya kami boleh menjaringkan lebih banyak gol. Namun, pasukan akan cuba untuk terus mempersembahkan aksi lebih baik untuk harungi aksi akan datang,” kata Cools.

Bagaimanapun, Cools tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Palestin selepas diberikan pelepasan awal oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski untuk pulang ke pangkuan kelabnya, Cerezo Osaka, hari ini.

Pengendali skuad negara, Peter Cklamovski dijangka memberi peluang kepada pemain pertahanan yang tidak diturunkan pada aksi semalam seperti Shahrul Saad, Harith Haiqal dan Quentin Cheng. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI