fbpx
Antara golongan belia yang bijak memanfaatkan bantuan Sara berjumlah RM100 sebagai modal perniagaan kecil-kecilan.

Bijak guna bantuan Sara modal bisnes kek batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terdapat segelintir golongan belia yang bijak memanfaatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebagai modal untuk menjana pendapatan dengan melakukan perniagaan secara kecil-kecilan.

Seorang pengguna Threads @Farraheeda berkata, anaknya yang berumur 22 tahun menggunakan bantuan RM100 itu sebagai modal bisnes kek batik ketika cuti semester.

“Dia nak buat kek batik ‘indulgence’, berbungkus-bungkus beli biskut marie, Milo dan susu. Saya ‘sponsor’ duit beli bekas saja,” ujarnya.

Tindakan memulakan bisned ini mengundang pelbagai respons positif daripada pengguna media sosial

“Kadang-kadang ada orang tak ada modal nak mulakan bisnes. Kalau menguntungkan boleh pulang modal dan kalau tak jadi pun, tak rugi sebab modal dari Sara,” kata @sheerawr.

“Sama dengan saya, saya pun beli buat modal. Seronok dapat beli bahan free (percuma) ini, RM100 dapat buat empat kali modal,” kata @Leenzy Ibrahim.

“Saya pun terus guna beli barang keperluan sikit untuk buat modal jualan kuih. Nanti pulang modal boleh jual nasi lemak pula,” ujar @Najwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI