fbpx
Sekiranya seorang lelaki menjatuhkan talak satu atau dua kepada isterinya, kemudian mereka berkahwin semula, maka bilangan talak mereka hanya tinggal dari baki talak yang awal. - Janaan AI

Baki bilangan talak selepas isteri diceraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAYA ingin bertanya. Contohnya Ali berkahwin dengan Zahidah dan hidup sebagai pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan mereka tidak memperoleh zuriat dan kemudian mereka mengambil keputusan bercerai talak satu. Selepas tamat iddah, Zahidah telah berkahwin dengan Osman. Mereka dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan tersebut. Selepas beberapa tahun, Osman telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Soalan saya, jika Zahidah ingin berkahwin dengan suaminya yang pertama, yakni Ali, berapakah bilangan hak talak yang dimiliki oleh Ali? Adakah masih dua kali atau kembali semula menjadi tiga seperti kes kahwin semula selepas talak tiga?

JAWAPAN: MENURUT mazhab al-Syafie, bilangan talak bagi suami isteri yang berkahwin semula setelah bercerai dengan talak satu atau dua, sekalipun jika isterinya itu bernikah dengan lelaki lain di antara talak-talak tersebut ialah mengikut baki talak. Justeru jika seorang lelaki mentalakkan isterinya dengan talak satu, maka dia berbaki dua talak. Jika talak dua, maka dia berbaki satu talak.

Ini berdasarkan atsar yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Saidina Umar al-Khattab RA telah berkata:

“Sekiranya seorang wanita ditalakkan suaminya dengan talak satu atau talak dua, kemudian wanita itu berkahwin dengan lelaki yang lain, kemudian lelaki yang baharu dikahwini mati atau diceraikan lalu wanita itu kembali menikahi suami yang pertama, maka wanita itu di sisi lelaki itu (boleh ditalak) dengan apa yang berbaki dari talaknya kepada wanita tersebut,” Riwayat al-Syafie dalam Musnad-nya (no.1276)

Berdasarkan riwayat di atas, Imam al-Syafie berpendapat bahawa sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, kemudian wanita tersebut bernikah pula dengan lelaki lain dan melakukan persetubuhan kemudian, diceraikan pula lelaki yang kedua. Lalu, wanita tersebut bernikah dengan suami yang pertama, maka suami yang pertama hanya memiliki baki daripada talak yang dilafazkan sebelum ini ke atas wanita tersebut.

Begitu juga, sekiranya wanita itu tidak bernikah dengan lelaki lain dan tidak disetubuhi oleh suami yang lain, bilangan talak dikira daripada baki kecuali jika ditalak tiga.

Sekiranya suami menjatuhkan talak tiga, kemudian berkeinginan untuk berkahwin semula dengan wanita yang sama, maka perlu untuk wanita tersebut menikahi dengan lelaki lain terlebih dahulu sebelum menikahi semula dengan lelaki yang menjatuhkan talak tiga kepadanya.

Setelah bernikah dengan lelaki lain dan melaksanakan semua syarat-syarat yang ditetapkan syarak, maka barulah boleh dikahwini semula.

Setelah berkahwin semula, perkahwinan ini dianggap pernikahan yang baharu dan pasangan tersebut mendapat semula bilangan talak yang penuh iaitu tiga kali talak.

Kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah-hujah di atas, jelas bahawa para fuqaha’ mazhab Imam al-Syafie menetapkan bahawa sekiranya seorang lelaki menjatuhkan talak satu atau dua kepada isterinya, kemudian mereka berkahwin semula, maka bilangan talak mereka hanya tinggal dari baki talak yang awal.

Sekiranya talak satu, maka berbaki talak dua dan tiga.

Hal ini turut tidak berubah sekiranya wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain sebelum berkahwin semula. Pendapat ini turut disepakati oleh mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad.

Namun, hanya pendapat Imam Abu Hanifah yang menyatakan bahawa akan kembali mendapat bilangan talak yang penuh. oleh al-Syafie.”

Sementara bagi yang bernikah semula setelah menjatuhkan talak tiga, mendapat kuasa menjatuhkan talak sebanyak tiga kali, seakan-akan itu ialah isteri yang baharu baginya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI