fbpx
Anjing yang menggigit kanak-kanak berusia enam tahun di Taman Megah, Batu 9, Cheras, disahkan tidak mempunyai pemilik.

Anjing gigit budak di Taman Megah disahkan tiada pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Anjing yang menyerang dan menggigit seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Taman Megah, Batu 9, Cheras, di sini, kelmarin disahkan tidak mempunyai pemilik.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata ia berdasarkan maklumat daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

“Pihak MPKj mengesahkan anjing tersebut tiada pemilik dan merupakan anjing liar,” katanya.

Menurut Naazron lagi, MPKj telah mengeluarkan surat pemakluman agar anjing tersebut diserahkan kepada pihak Jabatan Veterinar bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikejarkan ke hospital setelah diserang dan digigit anjing ketika bermain basikal selepas pulang dari taska kira-kira pukul 5.50 petang kelmarin.

Muhamad Firdaus Hakim, 6, kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya setelah menjalani prosedur jahitan di bahagian kepala yang terkoyak akibat gigitan anjing tersebut.

Menurut abangnya, Surya Arifin Mohd. Nasir, 21, adiknya kelihatan trauma dan sering mengigau mengenai kejadian tersebut ketika sedang tidur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN