fbpx
Gambar hiasan.

78,883 calon berjaya sambung pengajian di universiti awam – KPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 78,883 calon lepasan prauniversiti berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi sesi akademik 2025/2026.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu merupakan 71.80 peratus daripada keseluruhan 109,866 permohonan yang diterima melalui sistem UPUOnline.

“Sebanyak 1,132 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda ditawarkan kali ini. Pemilihan calon ke institusi ditentukan berdasarkan prinsip meritokrasi, iaitu mengikut markah merit tertinggi,” katanya hari ini.

Menurut KPT, keputusan permohonan boleh disemak bermula jam 12 tengah hari, 5 September 2025 (hari ini) sehingga jam 5 petang, 10 September 2025, melalui portal rasmi UPU.

Calon yang gagal mendapat tawaran pula boleh mengemukakan permohonan rayuan dalam tempoh yang sama.

KPT turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua calon yang berjaya, selain berharap peluang melanjutkan pengajian ini dimanfaatkan sebaik mungkin.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI