fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Aleeya di laman TikTok.

[VIDEO] Anak saya bukan mangsa buli, tapi mangsa obsesi – Aleeya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Anak saya bukan dibuli, tetapi menjadi mangsa kepada obsesi melampau seorang budak perempuan dan ibunya.”

Pengasas produk kecantikan terkenal, Aleeya Zailan menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di TikTok mendakwa bagaimana anak lelakinya, Aaron, berusia 12 tahun, diganggu secara berterusan sejak tahun lalu.

Dakwa Aleeya, gangguan itu bermula apabila anaknya mula berkawan dengan seorang budak perempuan yang disifatkan mempunyai tingkah laku mencurigakan dan kawalan keterlaluan terhadap Aaron.

“Budak tu tak bagi Aaron kawan dengan sesiapa, suruh benci keluarga, kawan, malah sampai kawal minat Aaron terhadap penyanyi. Bila budak tu tak tidur, Aaron pun tak boleh tidur. Cikgu pun selalu komplen Aaron tidur dalam kelas,” katanya dalam nada kesal.

Lebih membimbangkan, ujar Aleeya, budak perempuan tersebut dan ibunya didakwa sanggup datang ke sekolah dan kawasan rumah semata-mata untuk mendekati Aaron, meskipun telah ditegah berkali-kali.

“Mak budak tu pernah hantar anak dia senyap-senyap jumpa Aaron dekat taman. Saya larikan Aaron ke luar negara, tapi lepas tiga bulan, mereka datang cari dia lagi. Sampai Aaron menangis-nangis,” katanya.

Aleeya turut mendakwa individu terbabit telah membuat laporan polis menuduh dirinya dan keluarga mendera Aaron selepas tidak dibenarkan berhubung dengan anaknya.

“Mereka kata saya dera Aaron, tapi polis siasat dan dapati tak ada kes. Kini mereka mula serang di media sosial, komen merata-rata. Obses tahap tak masuk akal,” tegasnya.

Jelas Aleeya, semua tindakan itu bukan saja mengganggu kesihatan emosi anaknya, malah turut menjejaskan ketenteraman keluarganya.

“Saya cuma nak lindungi anak saya. Dia baru 12 tahun. Bukan masa untuk bercinta, ini masa untuk belajar. Tapi gangguan mereka dah melampaui batas,” katanya.

Dia juga mendakwa pihak terbabit cuba ‘brainwash’ Aaron supaya percaya bahawa dia mempunyai masalah mental, kononnya agar diletakkan di bawah jagaan kebajikan dan membolehkan budak perempuan itu mengawal sepenuhnya hidup anaknya. – KOSMO! ONLINE

@avenyshq Replying to @🇲🇾arm ♬ original sound – Avenys

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI