fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pegawai polis enggan membantu mencari telefon bimbit yang hilang kelamrin. - TikTok

‘Telefon bimbit hilang, bukan urusan saya’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pegawai polis di Indonesia menerima kecaman ramai apabila enggan membantu mencari telefon bimbit milik seorang penjual kopi yang tiba-tiba hilang, lapor laman berita Kompas. 

Kejadian berlaku ketika berpuluh-puluh penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di hadapan sebuah bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) kelmarin. 

Menurut penjual tersebut, telefon bimbitnya dicuri ketika orang ramai berebut-rebut mendapatkan kopi. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @elang9890 menunjukkan perakam menghampiri seorang pegawai polis dan memintanya untuk mencari telefon bimbit milik penjual itu. 

Perakam bagaimanapun terkejut apabila pegawai itu enggan membantunya. 

“Itu bukan urusan saya, saya tidak terlibat,” kata polis dalam video tersebut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 945,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Apa fungsi polis?” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI