fbpx
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim kurnia watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, ketua perwakilan yang menerima watikah itu termasuklah Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Datuk Yubazlan Yusof.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Brazil, Datuk Mohammad Ali Selamat, Duta Besar Malaysia ke Jerman, Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Haznah Md Hashim dan Duta Besar Malaysia ke Poland, Datuk Azri Mat Yacob.

Berangkat sama pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohd Zin dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani.

Hantaran itu juga memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda turut menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia.

Tujuh individu itu ialah duta Besar Mesir, Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek, Duta Besar Jerman, Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Brazil, Daniella Ortega de Paiva Menezes dan Duta Besar Austria, Gerhad Eisl.

Selain itu, Duta Besar Ukraine, Hennadii Nadolenko, Duta Besar Norway, Marianne Fosland serta Duta Besar Itali, Raffaele Langella. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI