fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Muar, Johor hari ini.

Suami kelar isteri: Laporan psikiatri sahkan tertuduh layak dibicarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Laporan psikiatri Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32, lelaki yang didakwa mengelar isterinya sebelum bertindak membakar sembilan kenderaan milik arwah dan abang iparnya diserahkan kepada pihak Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi menyerahkan laporan tersebut kepada Hakim Sayani Mohd. Nor dan menyatakan ia mengesahkan bahawa tertuduh layak dibicarakan serta memberi pengakuan di mahkamah.

Dalam prosiding itu, tertuduh yang sebelum ini membuat pengakuan bersalah terhadap enam daripada sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan telah menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah membakar sembilan buah kenderaan masing-masing dua buah pacuan empat roda dan empat motosikal selain sebuah kenderaan ulititi sukan (SUV) dan dua kereta.

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong dan Kebun Durian Kampung Teratai 2, Sagil antara pukul 4.36 hingga 6.46 pagi, 3 Jun lalu.

Dalam hujah pendakwaan, Diyana memohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen dan lantikan peguam, selain memaklumkan tertuduh tidak dibenarkan untuk dijamin susulan mempunyai pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 2 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak bagi sebutan semula kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tarikh 6 Oktober ditetapkan bagi serahan laporan forensik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI