fbpx

‘Saya hilang kawan, pekerjaan, tiada persembahan di luar negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lantang menyuarakan solidariti kepada Palestin, penyanyi Yuna mendedahkan hilang ribuan pengikut di media sosial selain tidak lagi diajukan tawaran mengadakan persembahan di luar negara.

Begitupun, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata akan terus memberikan sokongan padu terhadap penduduk Gaza tanpa diselubungi rasa takut.

“Saya tahu ini sukar, tetapi saya ada di sini bersama kamu (Palestin). Saya lihat ramai yang mempunyai jutaan pengikut dan platform besar memilih untuk berdiam diri, sedangkan kita semua sedang menyaksikan Gaza dimusnahkan di depan mata.

“Sejak saya mula berkongsi kandungan mengenai tembikai (simbol solidariti Palestin), saya kehilangan pekerjaan, malah ada yang saya tolak sendiri.

“Saya hilang kawan, tiada lagi undangan persembahan di luar negara dan kehilangan lebih 4,000 pengikut, peminat juga tidak dapat melihat hantaran saya,” katanya menerusi InstaStory.

Mengakui emosinya turut turun naik, penyanyi yang sebelum ini bermastautin di Los Angeles, Amerika Syarikat nekad untuk kekal tabah berdepan dugaan.

“Ada hari saya rasa sangat teruk, ada hari seolah-olah masih ada harapan. Kadang-kadang terasa sukar apabila orang yang saya bekerjasama berpura-pura tiada apa berlaku, seperti genosid itu bukan realiti.

“Ada hari saya menangis, tetapi setiap hari jiwa saya tetap ada. Bersama semangat yang masih kuat, saya tahu semuanya akan baik-baik sahaja.

“Rahsianya adalah terus bernafas kerana inilah yang mereka mahu iaitu mahu kita putus asa. Perjuangan harus diteruskan,” ujarnya.

Penyanyi lagu Rouge itu antara selebriti tempatan yang kerap memuat naik hantaran berkenaan nasib rakyat Palestin dan penjarahan rejim Zionis di bumi Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI