Bahagian 1 Pada cuti Hari Kemerdekaan yang lalu, saya sempat turun ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk popping ikan gerepoh atau lebih popular digelar giant trevally (GT). Satu game yang sudah lama saya tidak lakukan, dan hasilnya sungguh memuaskan hati. Pertama kali saya turun ke Labuan adalah pada tahun 2002, bukan untuk memancing, sebaliknya sebagai satu hentian sebelum bertolak ke perairan Spratly dengan bot besar. Kawasan terumbu sekitar Pulau Layang-Layang menjadi tempat saya mula-mula belajar game popping, dan terus jatuh cinta……