PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia memaklumkan, menerusi satu kenyataan, negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan serta Sabah dan Sarawak.
“Keseluruhan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang termasuk Hulu Perak, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak dan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan antara kawasan yang terjejas,” ujarnya.
Selain itu, Sarawak Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang dan Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE