fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat landa 11 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terjejas adalah Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

“Antara kawasan dijangka terjejas ialah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim di Kedah, Seberang Perai Utara di Pulau Pinang, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan,” ujarnya.

Selain itu, hampir keseluruhan negeri Terengganu termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun terlibat dalam cuaca buruk, manakala Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan.

Amaran melibatkan kawasan lain yang terbabit ialah Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak, Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran di Sabah dan WP Labuan sehingga 9 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI