fbpx
Bangkai pesawat selepas terhempas lalu melanggar pagar di Lapangan Terbang Eksekutif Chicago semalam. - WGN News/YouTube

Pesawat tergelincir, rempuh pagar landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHICAGO, ILLINOIS – Beberapa penerbangan dibatalkan selepas sebuah pesawat tergelincir lalu merempuh pagar berhampiran landasan sebuah lapangan terbang di negeri Illinois, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Daily Star. 

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Eksekutif Chicago semalam. 

Ketua Polis Wheeling, Bill Murphy berkata, pesawat jenis Gulfstream G510 itu tergelincir dari landasan sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan). 

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Thurgood Marshall Baltimore/Washington dan membawa dua penumpang semasa kejadian,” kata Murphy. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan badan pesawat itu berada di bawah pagar ketika kru kecemasan menjalankan operasi menyelamat. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI