fbpx
MOHD. SHUKRI menunjukkan tapak cadangan pembinaan lapangan terbang di Chuping, Padang Besar.

Perlis berhasrat miliki lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kerajaan negeri menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah lapangan terbang di kawasan sempadan Thailand bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi Perlis.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, cadangan itu selaras dengan perancangan pembangunan negeri dan pernah disaran Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai nilai tambah untuk pembangunan negeri itu.

“Sekiranya dapat direalisasikan, lapangan terbang ini mampu menampung lebih ramai penumpang dari dalam dan luar negara sekali gus membuka ruang baharu untuk pelaburan dan komersial.

“Projek lapangan terbang itu dijangka sesuai untuk menampung pesawat bersaiz sederhana seperti Boeing 737 dengan lokasi di kawasan sempadan yang lebih strategik untuk menarik pengguna antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 yang turut menekankan inisiatif Bandar Pintar Perlis.

Katanya, dengan memiliki lapangan terbang, ia diyakini mampu menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi Perlis serta memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga sedang meneliti cadangan menubuhkan Majlis Daerah Padang Besar (MPK).

Menurutnya, perkara tersebut masih pada peringkat kajian terperinci yang sedang dilaksanakan bersama PLANMalaysia sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI