IPOH – Pemandu lori yang ditahan berhubung kes bunuh membabitkan seorang lelaki berperwatakan wanita minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh, M. I. Saravanan, 32, didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada penama yang dikenali dengan nama Fendi di lorong tepi bangunan Hotel Grand View, Jalan Horley di dalam daerah Kinta pada 27 Ogos 2025.
Pertuduhan terhadap bapa kepada seorang anak lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. – KOSMO! ONLINE