fbpx
Pemandu warga asing menandatangi notis kesalahan yang dikeluarkan oleh JPJ kepadanya.

Pandu bas kilang tanpa lesen, tamat cukai jalan lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan berani seorang pemandu warga Sri Lanka memandu bas kilang yang tamat tempoh sejak lima tahun lalu memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa hari ini.

Penahanan suspek lelaki berusia 30an kira-kira pukul 8.20 pagi itu dilakukan ketika membawa 25 pekerja kilang warga Bangladesh dari daerah ini ke Pandamaran.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, hasil siasatan turut membongkar suspek berkenaan memandu bas tersebut sejak enam bulan lalu tanpa lesen memandu vokasional (PSV) dan lesen Memandu Kompeten (CDL).

Katanya, situasi ini tersebut seterusnya membahayakan penumpang dibawanya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Soal siasat mendapati alasan lelaki warga asing itu memandu kerana disuruh majikannya.

“Bukan sahaja cukai jalan telah tamat tempoh malah pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) juga telah tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, bas kilang tersebut boleh diibaratkan sebagai ‘bas koboi’ yang jelas menyalahi undang-undang.

Tambah Azrin, pihaknya kemudiannya telah menyita bas berkenaan dengan sebanyak 10 notis telah dikeluarkan pemandu bas kilang itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI