fbpx
Zara Qairina

Mesin basuh tidak boleh berfungsi jika Zara Qairina dimasukkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pakar patalogi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu memberitahu mesin basuh yang biasa digunakan di rumah tidak akan berfungsi dengan beban muatan seberat 53 kilogram (kg).

“Saya ada melihat mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian. Ia adalah mesin basuh kegunaan rumah, bukannya mesih basuh industri.

“Saya tidak memeriksa saiz drum mesin basuh, tetapi dimaklumkan bahawa berat si mati (Zara Qairina Mahathir) adalah lebih kurang 53kg.

“Saya tidak pasti sama ada seseorang seberat 53kg boleh dimuatkan ke dalam mesin basuh itu, tetapi saya tidak fikir mesin basuh itu akan boleh berfungsi dengan beban berat sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada hari kedua inkues bagi mencari punca kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Pada prosiding hari ini juga, Dr. Hiu melakukan demonstrasi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bagaimana remaja tersebut boleh terjatuh.

Pelbagai spekulasi muncul sejak kisah kematian remaja perempuan itu tular termasuk kononnya menemui ajal selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI