fbpx
Stuart Wilkin (No. 8) meraikan jaringan yang dilakukan bersama rakan sepasukan sebentar tadi. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Malaysia benam cabaran Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Revolusi skuad Harimau Malaysia terus cemerlang apabila kekal rekod tanpa kalah pada tahun ini selepas menewaskan Singapura 2-1 pada aksi persahabatan sebentar tadi.

Pasa perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara kendalian Peter Cklamovski membariskan kesebelasan terbaik dengan Arif Aiman Hanapi, Joao Fugueiredo dan Endrick dos Santos mengetuai jentera serangan.

Arif Aiman mempamerkan kelincahan di awal saingan apabila melakukan rembatan luar kotak tetapi berjaya ditepis penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.

Namun, serangan bertali arus skuad negara membuahkan hasil apabila Stuart Wilkin meledak gol pembukaan pada minit ke-26 selepas menerima hantaran Endrick.

Bersambung pada separuh masa kedua, dominasi Harimau Malaya semakin kukuh dengan Figueiredo mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-56 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Ketika Malaysia cuba untuk menambah jaringan, pasukan pelawat yang menduduki ranking ke-159 dunia itu cuba mengasak benteng negara.

Penjaga gol negara, Haziq Nadzli akhirnya tertewas selepas Ilhan Fandi melakukan rembatan jarak jauh untuk merapatkan kedudukan jadi 2-1 pada minit ke-72.

Tersentak dengan gol tersebut, Cklamovski melakukan rombakan dengan memasukkan Romel Morales dalam usaha kembali melebarkan kelebihan.

Morales mempunyai peluang terhidang tetapi percubaan satu lawan satu yang dimilikinya berjaya ditepis Izwan Mahbud.

Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad negara dalam empat perlawanan kompetitif rasmi tahun ini.

Selepas ini skuad negara akan bertolak ke Johor Bahru untuk mengharungi aksi menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Isnin depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI