fbpx
JACSON RAJ diiringi anggota polis selepas keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan, Ahad lalu. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

Lelaki pukul jaga berang dihalang masuk tanpa kad akses didenda RM1,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan di Singapura didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul jaga warga Nepal di Iskandar Puteri, dekat sini Ahad lalu.

Tertuduh, S. Jacson Raj, 38, dijatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Jacson didakwa mencederakan mangsa, Sunar Bal Krishna, 44, di hadapan pondok pengawal Apartmen Nusa Height, Gelang Patah, Iskandar Puteri pada pukul 1 tengah hari, 31 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Hidayah Mohammad Asri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memukul mangsa sehingga cedera ekoran perselisihan faham antara mereka. Siasatan mendapati suspek memukul mangsa menggunakan batu bata kerana berang selepas dihalang memasuki rumah tanpa kad akses. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI