PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sarawak dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 12 tengah hari.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), amaran cuaca buruk itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sarawak.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Perlis serta Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah dan Pulau Pinang,” ujarnya.
Selain itu, hampir seluruh negeri Perak termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak dan Selangor di Sabak Bernam dan Hulu Langat.
Hujan turut diramal melanda Kuala Lumpur serta Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan, seluruh Melaka serta Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor.
Sarawak pula membabitkan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Song). – KOSMO! ONLINE