fbpx
Johari

Henti import sisa plastik dari negara asing – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pengimportan sisa buangan dari negara luar terutama plastik ke Malaysia dengan menggunakan alasan kitaran ekonomi perlu dihentikan kerana ia memberi kesan panjang kepada alam sekitar.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, langkah itu penting dalam menangani isu pencemaran plastik yang juga mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.

“Kita ingat pakai plastik senang tetapi plastik ini sangat sukar untuk terurai, jadi inilah isu yang kita kena tengok. Masalah ini bukan hanya kita yang hadapi, seluruh dunia berdepan isu sama.

“Sebab itu baru-baru ini saya tekankan bahawa kita nak selesaikan masalah plastik, tetapi dalam masa sama kita juga mengimport sisa plastik ke dalam negara. Saya sudah tegaskan bahawa perkara ini mesti dihentikan,” katanya.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju agar Malaysia tidak terus dijadikan tempat pembuangan sisa plastik.

“Apabila negara luar hantar sisa plastik ke sini, sebahagiannya diproses tetapi bakinya dilupuskan di tapak pelupusan sampah negara kita sekali gus menyumbang kepada pencemaran serius,” katanya.

Tambahnya, tindakan negara luar mengeksport sisa plastik ke Malaysia kerana kos pelupusan lebih murah berbanding di negara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN