fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kotak berisi hadiah itu dicuri ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung. - ABC7

Hadiah kahwin lebih RM400,000 dikebas tetamu tidak diundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GLENDALE, CALIFORNIA – Sepasang pengantin baharu di negeri California, Amerika Syarikat mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila hadiah perkahwinan mereka bernilai AS$100,000 (RM423,000) dicuri oleh seorang lelaki tidak dikenali, lapor akhbar The Sun UK. 

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Renaissance Banquet, bandar Glendale. 

Nadeen dan pengantin lelaki, George Farahat berkata, kecurian berlaku ketika mereka sedang meraikan hari istimewa tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Rakaman video kejadian menunjukkan lelaki terbabit masuk ke dalam dewan sebelum mengambil sebuah kotak lalu melarikan diri dengan memandu kereta jenis Mercedes-Benz. 

Kotak tersebut berisi wang tunai, cek serta kad hadiah. 

“Selepas kami mengetahui apa yang berlaku, muzik segera ditutup dan segala-galanya dihentikan. Saya duduk di lantai sambil menangis teresak-esak,” kata Nadeen. 

Selain melaporkan kepada polis, mereka turut menawarkan ganjaran sebanyak AS$5,000 (RM21,00) kepada orang ramai yang memberikan maklumat tentang pencuri tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI