fbpx
Azalina.

Dewan Negara: 41 kes jenayah babit ahli politik diklasifikasikan NFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 41 daripada 60 kertas siasatan kes jenayah membabitkan ahli politik dari tahun 2020 hingga Julai lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Perkata itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Negara semalam.

Menurut beliau, penilaian kes terbabit dibuat berasaskan fakta, bukti dan undang-undang yang terpakai dengan mengambil kira prinsip integriti, ketelusan serta kebebasan pendakwaan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan dan semakan lanjut masih boleh dijalankan jika ada perkembangan baharu pada masa depan.

“Berdasarkan maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC), sepanjang 2020 hingga Julai lalu, sebanyak 60 kertas siasatan dibuka terhadap ahli politik dengan 41 diklasifikasikan NFA.

“Kes jenayah tidak seperti kes sivil, ia tidak tertakluk kepada had tempoh masa. Jika ada perkembangan baharu, siasatan dan semakan lanjut boleh dijalankan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Hussin Ismail berhubung peratusan kes jenayah membabitkan ahli politik yang diklasifikasikan sebagai NFA setakat ini.

Dalam pada itu, Azalina menerangkan, AGC meneliti secara menyeluruh semua keterangan dalam kertas siasatan polis tanpa mengambil kira latar belakang individu disiasat.

Menurut beliau, ia adalah mekanisme atau garis panduan bagi memastikan klasifikasi NFA tidak dipengaruhi campur tangan politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI