fbpx
Azharina menafikan dakwaan sebilangan netizen dia kini membela 'anak ikan' atau menjalin hubungan dengan lelaki lebih muda.

Dapat pahala percuma, dia bukan ‘anak ikan’ saya – Azharina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Azharina Azhar menepis dakwaan kononnya dia kini membela ‘anak ikan’ (bercinta dengan lelaki muda) seperti yang dikatakan sebilangan netizen.

Sebaliknya kata Azharina atau lebih mesra disapa sebagai Nina itu, lelaki yang dimaksudkan ialah sepupunya sendiri iaitu penyanyi, Daniesh Suffian.

“Terima kasih kerana memberi pahala percuma untuk saya. Danish sebenarnya ialah sepupu saya sebelah bapa.

“Malah ada yang kata kami ialah anak beranak. Saya terima sahaja apa orang nak cakap. Saya reda. Saya maafkan mereka,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duet, Gunung Kinabalu nyanyiannya bersama Daniesh Suffian, di sini, hari ini.

Ditanya siapa yang mengaitkannya dengan dakwaan ‘anak ikan’ itu, Azharina berkata, dia tidak tahu dan kasihan dengan individu itu, namun sangat berterima kasih.

Berbicara mengenai kerjasamanya dengan Daniesh untuk lagu Gunung Kinabalu itu, Azharina berkata, dia berasa bertanggungjawabnya sebagai sepupu kepada kakak kepada lelaki berkenaan.

“Saya bawa Daniesh untuk sama-sama menyanyikan lagu ini (Gunung Kinabalu) sebagai salah satu sumbangan saya untuk tunjukkan dan memperkenalkan bakat Daniesh yang mungkin ramai belum tahu lagi,” kongsinya.

Ujar Azharina lagi, dia sangat bersyukur vokalnya dan Daniesh memang boleh ‘bersatu’ dan ia sudah terbukti ketika kami menyanyikan beberapa lagu ‘cover’ di TikTok.

“Berkongsi lanjut tentang lagu Gunung Kinabalu, kata Nina ini merupakan lagu patriotik pertamanya.

“Lagu ini sebenarnya ciptaan datuk Daniesh dan pernah dinyanyikan oleh ibu Daniesh. Tetapi versi asal adalah berentak keroncong. Untuk versi baharu ini saya jadikannya ‘city pop’ supaya lebih mudah untuk diterima ramai terutamanya Gen Z,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI