fbpx
Amir Hamzah (tengah) pada Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Separuh Pertama 2025 di Putrajaya hari ini.

Belanjawan 2026 fokus isu perumahan mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada isu perumahan mampu milik menerusi Belanjawan 2026 bagi membolehkan kumpulan rakyat menikmati manfaat secara lebih menyeluruh.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pada masa ini kerajaan sedang meneliti model baharu termasuk skim sewa untuk dimiliki (rent-to-own) serta pendekatan bina kemudian jual (build-then-sell).

Katanya, ia bagi memastikan lebih ramai rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, berpeluang memiliki rumah.

“Perumahan mampu milik kekal menjadi keutamaan. Kerajaan sedang melihat mekanisme baharu supaya lebih ramai rakyat dapat memiliki kediaman mengikut kemampuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Laporan Pasaran Harta Tanah Separuh Pertama 2025 serta pelancaran Sistem PRISM 2.0, di sini hari ini

Amir Hamzah berkata, walaupun pasaran hartanah negara kekal stabil meskipun berlaku peningkatan kediaman tidak terjual sejak suku pertama tahun ini, reformasi perlu dilaksanakan bagi menangani isu struktur dalam sektor itu.

Beliau berkata, tahap kemampuan memiliki rumah berkait rapat dengan pendapatan isi rumah.

“Jadi, kerajaan giat melaksanakan pelbagai pembaharuan pasaran buruh termasuk kenaikan gaji minimum, galakan gaji progresif serta dorongan kepada majikan untuk melaksanakan gaji sara hidup.

“Paling penting adalah memperkukuh asas kemampuan dengan meningkatkan pendapatan rakyat. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, kerajaan menyasarkan perkongsian buruh (pendapatan pekerja) dalam ekonomi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ditingkatkan daripada 33 peratus kepada 40 peratus,” katanya.

Mengulas skim sokongan sedia ada, beliau berkata Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menjadi antara inisiatif kreatif kerajaan yang membolehkan golongan tiada pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan dengan jaminan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI