fbpx
Kenderaan mangsa berjaya dinaikkan di lokasi Jambatan Tanjung Agas, Port Dickson, hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

‘Bapa jerit minta tolong, selamatkan isteri tak pandai berenang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang nelayan tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih setiap kali terkenangkan kembali detik sebuah kereta dinaiki dua beradik tenggelam di sungai di bawah jambatan Tanjung Agas, Kuala Linggi, di sini pagi tadi.

Ade Mos, 47, berkata, ketika kejadian, dia sedang bersarapan bersama anak perempuannya di warung yang terletak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian sebelum terdengar bunyi suara riuh dari arah jambatan.

“Mula-mula saya fikir ada orang kena sambar buaya, tetapi bila lihat ke arah bunyi riuh saya nampak bahagian belakang kereta sahaja. Saya segera naik bot kecil yang ada di sungai apabila melihat si ibu keluar dari kenderaan.

“Si bapa menjerit meminta tolong selamatkan isterinya kerana wanita itu sudah hanyut dan tidak tahu berenang. Saya berjaya menyelamatkan isterinya dan membaling sauh.

“Saya cuba menyelam untuk selamatkan dua beradik itu, tetapi tidak mampu kerana sudah semput. Saya minta maaf kepada lelaki tersebut yang kelihatan trauma dan fobia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ade berkata, dia nampak empat beranak itu sejak beberapa hari lalu sempat berbual bersama lelaki tersebut yang baru sahaja pulang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“(Dia) Biasa datang ke sini untuk memancing, bawa isteri dan anak-anak. Si bapa memang peramah dan memaklumkan dia sedang menunggu tawaran kerja di Malaysia. Jika diikutkan kalau mahu bekerja di UAE di perlu menjadi penduduk tetap.

“Jadi si bapa tidak mahu dan sedang mencari pekerjaan di Malaysia, tak sangka jadi begini pula. Saya sudah meminta maaf kerana tak sempat selamatkan anak-anaknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, dua mangsa itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

Mayat kanak-kanak perempuan dijumpai pada pukul 1.24 tengah hari, manakala abangnya pula ditemukan pukul 1.47 tengah hari. – KOSMO! ONLIE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI