HULU SELANGOR – Seramai 22 mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Orang Asli Pertak Kuala Kubu Baru, di sini, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.42 petang.
Menurut beliau, seramai lima anggota beserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer jauhnya.
“Terdapat seramai 22 orang mangsa terperangkap di seberang sungai kerana berlakunya kepala air semasa melakukan aktiviti riadah.
“12 mangsa merupakan anggota Polis Diraja Malaysia, manakala 10 lagi merupakan orang awam,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, kerja-kerja menyelamatkan mangsa masih giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE