fbpx
Tangkap layar video Rozita bersama Hasshahari (kanan) semasa sedang media dimuat naik pada akaun Intagram hari ini.

[VIDEO] Dah melampau, saya terpaksa ambil tindakan – Bonda Rozita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim merancang untuk mendapatkan perintah komital terhadap seorang pengguna TikTok dikenali sebagai CEO Helmi, selepas didakwa melanggar perintah injuksi atau tegahan yang telah dikeluarkan mahkamah sebelum ini.

Perintah komital tersebut akan dibuat oleh peguamnya susulan CEO Helmie atau nama sebenarnya Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, didakwa telah membuat hantaran berkait Rozita yang mana melanggar perintah injuksi sebelum ini.

Menerusi sidang media dimuat naik pada Instagram Rozita, peguamnya Hasshahari Johari Mawi menjelaskan, saman fitnah terhadap CEO Helmie telah dibuat di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada tahun lalu susulan hantaran dibuat lelaki tersebut.

“Penghakiman pada 24 Mei 2025, mahkamah memberi perintah bahawa sebanyak RM100,000 perlu dibayar oleh CEO Helmie kepada Bonda Rozita dan satu perintah menghalangnya (perintah injuksi) menggunakan media sosial.

“(Tegahan) menaikkan apa-apa kandungan terhadap Bonda Rozita selepas tarikh tersebut. Perintah tegahan kepada Ku Hilmie ini sudah ada,” katanya pada video berkenaan yang dimuat naik hari ini.

Hasshahari mendakwa, bagaimanapun individu itu didakwa telah membuat satu lagi hantaran di media sosial walaupun terdapat penghakiman dan perintah tegahan terhadap dirinya.

“Apabila Ku Hilmie buat lagi hantaran, jadi antara penyelesaian saya dari segi pelaksanaan iaitu pertama, kuat kuasa penghakiman yang diperolehi di mahkamah sebelum ini.

“Kedua, perintah injuksi sudah diperolehi dan kita akan proses dapatkan perintah komital terhadap Ku Helmie. Kita anggap dia hina mahkamah apabila melanggar perintah injuksi tersebut.

“Kita boleh mohon keluarkan waran tangkap masuk penjara atau beberapa tindakan lain berdasarkan prosiding undang-undang. Kita maklumkan ini kerana ia amat serius kepada Bonda Rozita,” katanya.

Sementara itu, Rozita berkata, sebelum ini beliau melalui peguamnya telah mengambil tindakan saman fitnah terhadap CEO Helmie susulan video yang dimuat naik lelaki berkenaan.

“Video disiarkan jadi bahan bukti saya tanpa ragu-ragu untuk saman dia. Antara kata-katanya setiap butir dan perkataan telah difailkan. Dia kata saya pakai susuk, muka ‘dimodified’ (diubah), bukan pakai produk sahaja, ilmu batin.

“(Kononnya) orang ada perubatan Islam dan batin boleh tahu dan tengok. Ilmu khurafat, ilmu hitam sebagainya. Satu lagi hantaran dibuat Ku Helmie mengatakan Bonda Rozita drama queen, ingat dah tua elok.

“Saya bukan orang yang suka ambil tindakan undang-undang. Bagi saya dah melampau, saya terpaksa ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Selain CEO Helmie, Rozita juga dijangka mengambil tindakan undang-undang terhadap dua portal hiburan yang didakwa memuat naik perkara berkait dirinya dan perkara itu sedang diteliti oleh pihak peguamnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI