fbpx
Gambar hiasan.

Utara, Pantai Timur hujan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebahagian besar kawasan di Semenanjung Malaysia serta beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak dilanda ribut petir dan hujan lebat malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kawasan yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor serta Sarawak dan Sabah.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Perlis dan Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling. Kawasan yang terjejas di Perak adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta,” ujarnya.

Amaran melibatkan kawasan lain yang terlibat di Terengganu ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin di Pahang.

Seterusnya, kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor turut terjejas.

Kawasan yang terjejas adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang di Sarawak dan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) di Sabah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN